Laman Utama  > Pek Alu-aluan

Pek Alu-aluan

​Semua anggota Generasi Perintis sepatutnya telah menerima Pek Alu-aluan Generasi Perintis melalui pos selewat-lewatnya pada 1 September 2014. Jika anda belum menerima Pek Alu-aluan itu, sila hubungi talian 1800-650-6060 untuk mendapatkan bantuan.     ​​

 

Kad Generasi Perintis

Anggota Generasi Perintis mesti membawa Kad Generasi Perintis mereka (bersama Kad Pengenalan mereka) apabila mereka pergi ke klinik swasta dan klinik pergigian CHAS untuk menerima faedah-faedah Perintis khas mereka.

Anggota Generasi Perintis tidak perlu bimbang jika mereka lupa untuk membawa Kad Generasi Perintis apabila mereka pergi ke Klinik Pakar Pesakit Luar atau Poliklinik. Status mereka sebagai anggota Generasi perintis tertera dalam sistem komputer.

 

Senarai 6 Klinik CHAS yang terdekat

Untuk rujukan yang mudah, senarai khas enam klinik CHAS yang terletak dekat dengan alamat rumah anggota Generasi Perintis disertakan. Empat klinik pertama merupakan klinik-klinik swasta manakala dua klinik seterusnya klinik-klinik pergigian. 
 

Buku Panduan Klinik CHAS

Anggota Generasi Perintis boleh memilih untuk pergi ke sebarang klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai skim CHAS di serata Singapura.

Senarai lengkap semua klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai CHAS juga disenaraikan.


 

Magnet Peti Sejuk

Gambar yang menunjukkan pembangunan Kawasan Pusat Bandar Singapura selama bertahun-tahun, yang menjadi lambang kemajuan yang dicapai atas titik peluh dan kerja keras anggota Generasi Perintis kita, telah dicetak pada empat Magnet Peti Sejuk dalam semua empat bahasa rasmi (Bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil).

Nombor-nombor talian Pakej Generasi Perintis yang penting telah dimasukkan supaya mudah bagi anggota Perintis dan keluarga mereka untuk merujuknya.


 

Buku Kecil Faedah-faedah Generasi Perintis

Buku kecil ini menggariskan faedah-faedah untuk anggota Generasi Perintis dalam semua empat bahasa rasmi (Bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil). Buku kecil ini memberi panduan yang menyeluruh dan terperinci tentang apa yang akan diterima anggota Generasi Perintis di bawah Pakej Generasi Perintis.

​​​​