Laman Utama  > Dasar Kerahsiaan

Kenyataan Pemerintah Singapura mengenai Melindungi Data Peribadi 

  1. Ini merupakan laman web Pemerintah Singapura. Terima kasih kerana meneliti kenyataan kami mengenai melindungi data peribadi.
  2. Jika anda hanya melihat-lihat laman web ini, kami tidak merakam data yang membolehkan kami untuk mengenalpasti anda secara individu.  
  3. Pemerintah mengumpul maklumat peribadi bagi mengendalikan Pakej Generasi Perintis. Kami mungkin mengongsi data-data yang perlu dengan agensi-agensi Pemerintah yang lain (atau entiti bukan-Pemerintah yang telah diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan tertentu Pemerintah) untuk memproses sebarang permohonan anda atau memberi perkhidmatan kepada anda dengan cara yang paling cekap dan berkesan kecuali undang-undang  tidak membenarkan kami mengongsi data-data tersebut.   
  4. Untuk memudahkan anda, kami mungkin juga akan tunjukkan kepada anda data yang anda pernah berikan kepada kami atau agensi-agensi Pemerintah yang lain.  Ini akan mempercepatkan urusan dan anda tidak perlu mengemukakan data yang sama berulang kali. Jika data itu sudah tidak boleh digunakan lagi, harap berikan data yang terkini. Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya jika perlu untuk memastikan kami dapat memberi khidmat awam kepada anda dengan berkesan.
  5. Bagi melindungi data peribadi anda, semua data peribadi yang disimpan atau dihantar secara elektronik akan dipastikan dalam keadaan selamat dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai. 
  6. Laman web ini mungkin mengandungi pautan dengan laman-laman web bukan-Pemerintah yang mempunyai perlindungan data dan amalan melindungi data peribadi yang mungkin berlainan daripada amalan kami dalam melindungi data peribadi. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan dan amalan melindungi data peribadi laman-laman tersebut dan kami menggalakkan anda supaya memastikan pemberitahuan-pemberitahuan tentang amalan melindungi data peribadi di laman-laman web itu.