​​​​ ​​​​

 APCMS.Sharepoint.PGP - NavigationBar

Laman Utama  > Gambaran Keseluruhan
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​ ​​​​ ​​​​ ​​​​

Gambaran Keseluruhan​​  ​  ​ ​

​​​Pemerintah telah memperkenalkan Pakej Generasi Perintis untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada anggota generasi perintis kita atas kerja keras dan dedikasi mereka. Mereka telah membangunkan Singapura hingga menjadi seperti sekarang.

Sekitar 450,000 rakyat Singapura akan mendapat manfaat daripada Pakej Generasi Perintis. ​​​

 

Apakah faedah-faedahnya?

Pakej ini akan membantu anggota generasi Perintis dalam kos penjagaan kesihatan mereka untuk seumur hidup.
im_outpatient 
 

Penjagaan Pesakit Luar ​

Potongan 50% lagi bagi perkhidmatan bersubsidi di poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar.

Potongan 50% lagi bagi ubat-ubatan bersubsidi di poliklinik dan Klinik Pakar Pesakit Luar.

  • Untuk butiran lanjut mengenai faedah-faedah tersebut, sila ​klik ​​​di sini​​​​.
​ ​
Nikmati subsidi-subsidi di klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS). Jangan lupa untuk membawa kad Generasi Perintis anda apabila pergi berjumpa doktor di klinik CHAS. Untuk mengetahui tentang faedah-faedahnya, sila klik di s​ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CHAS dan untuk maklumat terkini, sila klik di sini.​
Wang tunai sebanyak $1,200 setahun bagi mereka yang mengalami tahap kurang upaya yang sederhana sehingga teruk di bawah Skim Bantuan untuk Generasi Perintis Kurang Upaya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim ini dan untuk maklumat terkini, sila klik di sini.
 
im_medishield  
 

MediShield Hayat

​​Bantuan berupa subsidi premium khas (40%-60%) dan tokokan MediSave ($200-$800) bagi Premium MediShield Hayat yang harus dibayar oleh semua anggota generasi Perintis.

  • Mereka yang dilahirkan pada 1934 dan sebelumnya: Tidak perlu membayar premium.
  • Mereka yang dilahirkan pada 1935 hingga 1949 dan dilindungi sepenuhnya di bawah MediShield sebelum ini: Bayar separuh jumlah premium MediShield Hayat berbanding dengan premium MediShield​.
Semua anggota generasi Perintis akan membayar premium MediShield Hayat yang lebih rendah berbanding dengan MediShield. Untuk mengetahui tentang subsidi-subsidi premium dan jumlah yang perlu dibayar, sila klik  d​i si​ni.​

Premium MediShield Hayat1​ dan Subsidi Untuk Generasi Perintis

​Usia ​Pada Hari Lahir yang Akan Datang2

Subsidi Generasi Perintis


Premium MediShield Tahunan

​​​             Premium MediShield ​Hayat​
​Premium Tahunan Sebelum Subsidi3

​Premium Tahunan dengan Subsidi Generasi Perintis

66-80

40% - 54%

$540 - $865

$815 - $1,175

$489 - $537

81 & above

54% - 60%

$1,123 - $1,190

$1,250 - $1,530

$566 - $615

Semua Anggota Generasi Perintis akan menerima tokokan MediSave tahunan, antara $200 hingga $800 bergantung pada kohort kelahiran. Tokokan-tokokan ini boleh digunakan untuk mengurangkan lagi premium.

1 ​Premium-premium ini berdasarkan jadual faedah-faedah yang dinyatakan dan boleh diubah, misalnya bagi perubahan-perubahan dalam kos penjagaan kesihatan. Lembaga Tabung Simpanan Pekerja akan menyediakan pemberitahuan bertulis mengenai premium MediShield Hayat yang harus dibayar (selepas sebarang subisidi yang layak diterima), sebelum potongan premium.

2 ​Usia Pada Hari Lahir yang Akan Datang adalah usia anggota generasi Perintis pada hari lahirnya yang akan datang selepas tarikh membaharui polisi.

3 Terdapat Premium Tambahan sebanyak 30% jika anggota generasi Perintis menghidapi penyakit pra-wujud serius yang dihadapi.​

​​ ​
        Untuk maklumat lanjut mengenai MediShield Hayat, sila klik di sini.
​​ ​
 ​
im_medisave  
 

Tokokan MediSave 

$200 hingga $800 setiap tahun untuk seumur hidup (Julai 2014).
Tokokan yang lebih banyak untuk kohort yang lebih tua.
im_ma-sg_medisave_table
 
im_disability​ 
 

Skim Bantuan untuk Generasi Perintis Kurang Upaya 

Untuk anggota Generasi Perintis yang memerlukan bantuan secara tetap untuk sekurang-kurangnya dalam tiga daripada Kegiatan Harian berikut:
-  Makan
-  Mandi
-  Memakai pakaian
-  Beralih tempat 
-  Menggunakan tandas
-  Berjalan atau bergerak
Bantuan wang tunai seumur hidup sebanyak $100 setiap bulan untuk membantu anggota Generasi Perintis menampung perbelanjaan penjagaan mereka. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim ini.​​
​​​​

Siapa yang Layak?

    Rakyat Singapura yang masih hidup yang memenuhi 2 kriteria
  1. ​​​​​​Berumur 16 tahun dan ke atas pada 1965 - yang bermakna​:
    • Dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949​
    • Berusia 65 tahun dan ke atas pada 2014 
  2. dan​​​
  3. ​​Mendapat kerakyatan pada atau sebelum 31 Disember 1986.

Mereka yang layak untuk mendapat Pakej Generasi Perintis sepatutnya telah menerima surat pemberitahuan pada Jun 2014. Harap daftarkan sebarang penukaran alamat di Kad Pengenalan anda.

Jika anda ingin memeriksa sama ada anda layak atau tidak, anda boleh periksa di sini​, atau hubungi talian penting Generasi Perintis di 1800-2222-888..​​​​​

​ ​