Berita Terkini

 
 
 
 
​​

Apakah Faedah-faedahnya?

​​​Pemerintah telah memperkenalkan Pakej Generasi Perintis untuk menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada anggota generasi perintis kita atas kerja keras dan dedikasi mereka. Mereka telah membangunkan Sing​apura sehingga menjadi seperti sekarang. Sekitar 450,000 rakyat Singapura akan mendapat manfaat daripada Pakej Generasi Perintis ini.

Pakej ini akan membantu anggota generasi Perintis dalam kos penjagaan kesihatan mereka untuk seumur hidup.

  ​

 

Penjagaan Pesakit Luar

Anggota generasi Perintis akan menerima subsidi tambahan bagi perkhidmatan dan ubat-ubatan bersubsidi sekarang di poliklinik & Klinik Pakar Pesakit Luar.

Nikmati subsidi-subsidi di klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai CHAS.

 

Tokokan Medisave

Anggota generasi Perintis akan menerima tokokan Medisave ke dalam akaun Medisave mereka setiap tahun un​tuk seumur hidup.
 

MediS​​hield Hayat

Bantuan untuk Premium MediShield Hayat semua anggota generasi Perintis dengan subsidi premium khas dan tokokan Medisave. 

Semua anggota generasi Perintis akan membayar jumlah premium MediShield Hayat yang lebih rendah be​rbanding dengan premium sekarang.​

 

​Bantuan Untuk Orang Kurang Upaya ​

Jumlah tunai sebanyak $1,200 setahun bagi mereka yang mengalami tahap kurang upaya yang sederhana sehingga teruk di bawah Skim Bantuan Untuk Generasi Perintis Kurang Upaya.
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

Kisah-kisah &
Video-video

 
I started working when I was around 20 years old. I left school to work as a hawker and then as a petrol kiosk pump attendant. $130 was a basic pay back then due to the low cost of living...
​​​When the Second World War occurred, I was only 3 years old. Subsequently, I was there to witness the surrender of the Japanese. My school days during 1955-1958 were very interesting. RI was then the only secondary school...
I've had many neighbours from different races throughout the years and we used to visit each other's houses during various festivals. For example, during Chinese New Year, everyone would go house visiting...