Laman Utama  > Soalan Lazim

Soalan Lazim

​​​​​​​​​​​​​​​​​​ Bila saya akan dapat faedah-faedah tersebut? Apa yang perlu saya lakukan?

Jun 2014

Anggota Generasi Perintis yang layak menerima surat pemberitahuan

Tidak perlu melakukan apa-apa. ​

Jika anda tidak menerima surat tersebut. sila periksa di laman Kelayakan sama ada anda layak atau tidak. Anda juga boleh menghubungitalian penting  Generasi Perintis di 1800-2222-888.

Julai 2014

Tokokan MediSave

Tidak perlu melakukan apa-apa.

Tokokan MediSave telah dimasukkan ke dalam Akaun MediSave anggota generasi Perintis yang layak pada pertengahan bulan Julai 2014.

September 2014

Kad Generasi Perintis dihantar melalui pos ke rumah anda

Tidak perlu melakukan apa-apa.

Kad dihantar melalui pos secara automatik ke alamat yang tertera di Kad Pengenalan anda. Jika anda belum menerima kad Generasi Perintis anda, sila hubungi 1800-650-6060 untuk mendapatkan bantuan.

Subsidi-subsidi khas di klinik swasta dan klinik pergigian yang menyertai CHAS (Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat)Sila bawa Kad Pengenalan dan kad Generasi Perintis anda ke klinik swasta dan klinik pergigian CHAS*.

Potongan 50% lagi bagi perkhidmatan bersubsidi di poliklinik-poliklinik. 

Diberikan secara automatik di poliklinik-poliklinik.

Jangan bimbang jika anda terlupa untuk membawa kad Generasi Perintis anda. Status anda sebagai seorang anggota generasi Perintis tertera dalam sistem komputer.

Potongan 50% lagi bagi perkhidmatan bersubsidi di klinik pakar pesakit luar (SOC)

Diberi secara automatik di klinik pakar pesakit luar.

Jangan lupa untuk berjumpa doktor di poliklinik atau klinik swasta yang menyertai CHAS untuk mendapatkan surat rujukan bagi penjagaan pakar bersubsidi. 

Jangan bimbang jika anda terlupa untuk membawa kad Generasi Perintis anda. Status anda sebagai seorang anggota generasi Perintis tertera dalam sistem komputer.

Bantuan Untuk Orang Kurang Upaya sebanyak $1,200 setahun bagi anggota generasi Perintis yang mengalami tahap kurang upaya yang sederhana sehingga terukAnda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan ini selepas menjalani penilaian tahap kurang upaya dalam kegiatan harian. Dapatkan butiran lanjut di sini.

Januari 2015

Potongan 50% lagi bagi ubat-ubatan bersubsidi di Klinik Pakar Pesakit Luar dan poliklinik

Diberi secara automatik di Klinik Pakar Pesakit Luar dan poliklinik.

Jangan bimbang jika anda terlupa untuk membawa kad Generasi Perintis anda. Status anda sebagai seorang anggota generasi Perintis tertera dalam sistem komputer. 

Jun 2015

Anggota generasi Perintis akan menerima surat pemberitahuan yang menyatakan jumlah yang akan mereka terima bagi tokokan MediSave tahunan mereka. Tidak perlu melakukan apa-apa.

Julai 2015

Anggota generasi Perintis akan menerima tokokan MediSave mereka pada bulan Julai setiap tahun.​ Tidak perlu melakukan apa-apa.

November 2015

Subsidi-subsidi bagi premium MediShield Hayat Tidak perlu melakukan apa-apa.

Untuk maklumat lanjut mengenai MediShield Hayat, sila klik di sini.

​​​​Para pesakit Generasi Perintis mendapat potongan 50% lagi untuk perkhidmatan bersubsidi di SOC yang bersubsidi. Ini adalah selain daripada subsidi-subsidi yang dipertingkat untuk perkhidmatan SOC. Ini termasuk bayaran untuk berjumpa doktor ser​ta ujian-ujian (misalnya ujian darah, pengimejan) yang diperlukan oleh kebanyakan pesakit. Subsidi tidak diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor swasta.​

Para anggota Generasi Perintis juga menerima potongan 50% lagi untuk ubat-ubatan bersubsidi di SOC dan poliklinik-poliklinik bersubsidi.

 

Subsidi untuk semua Rakyat & Anggota Generasi Perintis Singapura

SUBSIDI UNTUK SEMUA RAKYAT SINGAPURA SUBSIDI KHAS GENERASI PERINTIS
Pendapatan   bulanan
keluarga
bagi setiap anggota
Nilai tahunan rumah keluarga
tanpa pendapatan
Semua peringkat umur menerima subsidi di Klinik Pakar Pesakit Luar Semua warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas menerima subsidi di poliklinik 
Untuk perkhidmatan bersubsidi Untuk ubat-ubatan bersubsidi   Bagi perkhidmatan yang bersubsidi Bagi ubat-ubatan yang bersubsidi
​$1,100 dan    ke bawah*​$13,​000 dan    ke bawah*70%75%​​75%
Potongan 50% lagi 
$1,101-$1,800*$13,001-$21,000*​60%75%
Lebih daripada $1,800/Mereka yang tidak memohonLebih daripada $21,000/Mereka yang tidak memohon​50%​50%​

*Anda boleh memuat turun borang di sini​ untuk memohon subsidi lebih tinggi dan hantar borang itu ke alamat yang disenaraikan, atau mengambil borang dan sampul surat yang dibayar terlebih dahulu dari Balai Rakyat dan Kelab Masyarakat, Majlis Pembangunan Masyarakat atau Poliklinik atau sebarang Hospital Awam yang  terdekat. Anda juga boleh berjumpa kakitangan penjagaan kesihatan untuk mendapatkan bantuan.

​​​​​​ ​​​​
Anda akan layak untuk subsidi-subsidi yang dipertingkat bagi perkhidmatan SOC jika anda telah disahkan sebelum ini sebagai berpendapatan rendah hingga pertengahan. Sebagai contoh, jika anda sekarang mempunyai kad Bantuan Kesihatan Biru atau Jingga, kelayakan anda telah dinilai, jadi anda tidak perlu melakukan apa-apa. Anda akan mendapat subsidi yang lebih tinggi secara automatik.

Jika anda belum dinilai, sila buat permohonan untuk mendapatkan faedah daripada subsidi SOC yang lebih tinggi. Proses permohonannya sama seperti memohon untuk skim CHAS. Borang permohonan boleh didapati di Hospital Awam, Poliklinik, Balai Rakyat dan Kelab Masyarakat (CC) atau Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari lelaman www.chas.sg.

Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah dinilai atau belum, anda boleh menghubungi talian 1800-650-6060 untuk bertanya.

Anggota Perintis mendapat potongan 50% lagi untuk bayaran perkhidmatan bersubsidi di poliklinik. Ini termasuk bayaran berjumpa doktor, dan juga ujian-ujian (contoh; ujian darah, pengimejan) yang diperlukan kebanyakan pesakit.
​​
​​

Semua anggota Perintis, tanpa mengira pendapatan atau jenis rumah mereka, akan mendapat faedah daripada subsidi khas skim CHAS bagi penyakit-penyakit biasa, penyakit-penyakit kronik dibawah Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP), perkhidmatan pergigian tertentu, dan Saringa untuk Sepanjang Hayatdari Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).


Rawatan Yang Bersubsidi

Jumlah Subsidi

Penyakit-penyakit biasa

Subsidi sehingga $28.50 untuk setiap lawatan

Penyakit kronik yang tergolong dalam CDMP1

Tidak Rumit2

Subsidi sehingga $90 untuk setiap lawatan, dihadkan $360 setahun

Rumit2

Subsidi sehingga $135 untuk setiap lawatan, dihadkan $540 setahun

Perkhidmatan pergigian tertentu

Subsidi $21 hingga $266.50 untuk setiap prosedur (bergantung kepada prosedur)

Pemeriksaan Kesihatan yang disyorkan di bawah program Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan3

Dengan surat undangan Pemeriksaan Kesihatan Demi Kehidupan3, tiada bayaran yang dikenakan bagi ujian pemeriksaan yang disyorkan dan konsultasi pertama selepas pemeriksaan.


1Ini adalah penyakit Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Gangguan Lipid, Angin Ahmar, Semput, Penyakit Gangguan Pulmonari Kronik (COPD), Kemurungan Serius, Skizofrenia, Demensia, Gangguan Bipolar, Osteoartritis, Hiperplasia Prostat Yang Tidak Berbahaya, Keresahan, Penyakit Parkinson dan Nephritis/Nefrosis.

2“Tidak Rumit” merujuk kepada lawatan ke klinik untuk satu jenis penyakit kronik. “Rumit” merujuk kepada lawatan ke klinik untuk beberapa jenis penyakit kronik atau satu jenis penyakit kronik yang rumit.

3Untuk pemeriksaan kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, barah kolorektum dan barah pangkal rahim.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim CHAS, sila klik di sini​​ untuk soalan-soalan yang sering ditanya (FAQs).

Jika anda bukan anggota Generasi Perintis dan layak di bawah kriteria skim CHAS sekarang, anda boleh mendapatkan borang permohonan untuk skim CHAS di sebarang Hospital Pemerintah, Poliklinik, Balai Rakyat dan Kelab Masyarakat (CC) atau Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), atau memuat turun borang tersebut di www.chas.sg.​


​​​​


​Anggota Perintis dengan kecacatan fungsian yang sederhana hingga teruk layak untuk skim PioneerDAS. Mereka akan menerima wang tunai sebanyak $1,200 setahun untuk menampung perbelanjaan penjagaan jangka panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai skim PioneerDAS, sila klik di ​sini untuk soalan-soalan yang sering ditanya (FAQs).

Ya. Dengan kad Generasi Perintis, semua anggota Perintis boleh menikmati subsidi-subsidi khas CHAS untuk rawatan pergigian di klinik-klinik pergigian CHAS. Ini akan mengurangkan kos perkhidmatan pergigian biasa yang perlu dibayar, antara lain termasuk gigi palsu, sarung gigi, rawatan saluran akar, penampalan.  

Anggota perintis juga boleh mendapat potongan 50% lagi ke atas bil rawatan pergigian bersubsidi di poliklinik-poliklinik.

Pesakit yang didapati perlu mendapatkan rawatan doktor pakar pergigian lanjutan boleh dirujuk oleh poliklinik atau klinik pergigian CHAS untuk pergi ke Pusat Pergigian Nasional (NDC) yang merupakan hab untuk rawatan doktor pakar pergigian. Di NDC, mereka boleh menikmati potongan 50% lagi ke atas kos perkhidmatan pergigian pesakit luar yang bersubsidi – termasuk sarung gigi, jambatan (bridges), gigi palsu dan rawatan saluran akar. ​

Jumlah tokokan MediSave untuk Generasi Perintis ialah berdasarkan tahun anda dilahirkan. Oleh itu, jumlah yang anda terima setiap tahun tidak akan berubah. Sila lihat jadual di bawah. Anggota Perintis yang dilahirkan lebih awal mendapat tokokan MediSave yang lebih banyak kerana mereka biasanya mempunyai simpanan wang yang sedikit berbanding dengan anggota Generasi Perintis yang lebih muda.

Tahun dilahirkan Jumlah tokokan MediSave yang akan anda terima setiap tahun, untuk sepanjang hayat
1945-1949 $200
1940-1944 $400
1935-1939$600
1934 atau lebih awal$800​

​​​​Jangan bimbang. Sebagai seorang anggota generasi Perintis, anda akan menerima subsidi khas bagi premium MediShield Hayat anda. Semua anggota generasi Perintis akan membayar premium MediShield Hayat yang lebih rendah berbanding dengan MediShield.

 

Premium MediShield Hayat​dan Subsidi Untuk Generasi Perintis​​​​​​​

​Usia ​Pada Hari Lahir yang Akan Datang2

Subsidi Generasi Perintis


Premium MediShield Tahunan

​​             Premium MediShield Hayat​
​Premium Tahunan Sebelum Subsidi3

​Premium Tahunan dengan Subsidi Generasi Perintis

66-80

40% - 54%

$540 - $865

$815 - $1,175

$489 - $537

81 & above

54% - 60%

$1,123 - $1,190

$1,250 - $1,530

$566 - $615



Semua Anggota Generasi Perintis akan menerima tokokan MediSave tahunan, antara $200 hingga $800 bergantung pada kohort kelahiran. Tokokan-tokokan ini boleh digunakan untuk mengurangkan lagi premium.

1Premium-premium ini berdasarkan jadual faedah-faedah yang dinyatakan dan boleh diubah, misalnya bagi perubahan-perubahan dalam kos penjagaan kesihatan. Lembaga Tabung Simpanan Pekerja akan menyediakan pemberitahuan bertulis mengenai premium MediShield Hayat yang harus dibayar (selepas sebarang subisidi yang layak diterima), sebelum potongan premium.

2 Usia Pada Hari Lahir yang Akan Datang adalah usia anggota generasi Perintis pada hari lahirnya yang akan datang selepas tarikh membaharui polisi.

3Terdapat Premium Tambahan sebanyak 30% jika anggota generasi Perintis menghidapi penyakit yang serius sekarang.


Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah premium yang akan anda bayar, sila klik di sini.​ Untuk maklumat lanjut mengenai MediShield Hayat, sila klik di sini.​

Pelan-pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) terdiri daripada (i) MediShield Hayat dan (ii) satu bahagian yang telah dipertingkatkan yang menyediakan faedah-faedah yang lebih baik dan/atau perlindungan yang lebih besar (di wad-wad hospital swasta atau wad-wad Kelas A/B1 di hospital-hospital awam).​Bagi mereka yang mempunyai IP, subsidi-subsidi khas MediShield Hayat Generasi Perintis diguna pakai bagi komponen MediShield Hayat dari premium IP mereka.​

Pakej Generasi Perintis bukan untuk semua orang yang mencapai usia 65 dalam 5, 10 atau 25 tahun akan datang.

Sebaliknya, pakej ini adalah untuk generasi khas rakyat Singapura yang berusia sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1965 – dan mereka yang berusia 65 dan ke atas pada akhir tahun 2014.

Pada mulanya, Pemerintah ingin memberi faedah-faedah Generasi Perintis kepada mereka yang berusia sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1965 – atau berusia 70 dan ke atas pada tahun ini. Bagaimanapun, kami telah menerima maklum balas bahawa ramai orang telah mula bekerja pada usia 16 tahun pada 1965. Oleh itu, umur yang layak untuk menerima pakej ini telah diturunkan.


​Anda adalah seorang anggota generasi Perintis jika anda memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. ​​​​​​Berusia 16 tahan dan ke atas pada 1965 - ini bermakna, anda:
    • Dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949
    • Berusia 65 tahun dan ke atas pada 2014

    Dan 

  2. Anda mendapat kerakyatan Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1986.

Mereka yang layak bagi Pakej Generasi Perintis sepatutnya telah menerima surat pemberitahuan pada Jun 2014.

Anda boleh periksa di laman Kelayakan​ sama ada anda layak atau tidak. Anda juga boleh menghubungi talian penting Generasi Perintis di 1800-2222-888.​

​Anda tidak perlu mendaftarkan diri. Surat telah dihantar kepada semua anggota generasi Perintis yang layak pada Jun 2014.

(1) Tokokan MediSave Tahunan telah dimasukkan ke dalam akaun MediSave CPF anda secara automatik sejak Julai 2014. Hampir semua orang mempunyai Akaun MediSave. Anda juga akan dimaklumkan pada Jun 2016 mengenai tokokan MediSave pada tahun 2016 dan diberitahu apa yang anda perlu lakukan jika anda tidak mempunyai akaun MediSave.
(2) Subsidi penjagaan pesakit luar bermula secara automatik dari September 2014 di klinik-klinik swasta dan klinik-klinik pergigian CHAS, poliklinik-poliklinik dan klinik-klinik pakar pesakit luar.

Kad Generasi Perintis telah dihantar ke alamat di kad pengenalan anda menjelang September 2014. Anda boleh gunakan kad itu di klinik-klinik pakar pesakit luar, poliklinik-poliklinik, dan klinik-klinik swasta dan klinik-klinik pergigian CHAS. Mereka yang kurang upaya dalam kegiatan harian boleh me​mohon untuk mendapatkan bantuan wang tunai tahunan di bawah Skim Bantuan untuk Generasi Perintis Kurang Upaya di sini.​​

(3)Subsidi premium MediShield Hayat. Subsidi diberi secara automatik untuk bayaran premium MediShield Hayat.

​​Anda boleh periksa kelayakan anda secara dalam talian di sini​.​ Atau, anda boleh hubungi talian penting Generasi Perintis 1800-2222-888 untuk memeriksa kelayakan anda atau meminta agar surat itu dihantar sekali lagi kepada anda.

Sila telefon 1800-650-6060 untuk mendapatkan bantuan.

Bilakah saya akan terima kad Generasi Perintis?

​Para anggota Generasi Perintis sepatutnya telah terima kad mereka sebelum 1 September 2014.

​Di manakah boleh saya dapatkan faedah-faedah Generasi Perintis saya?

Anggota Generasi Perintis boleh mendapat subsidi khas di poliklinik-poliklinik, Klinik-klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) di hospital-hospital awam, dan klinik-klinik swasta dan klinik-klinik pergigian swasta di bawah CHAS.

Apakah kandungan pek alu-aluan Generasi Perintis?

Setiap pek alu-aluan mengandungi:​

  • ​Kad Generasi Perintis Peribadi; 
  • Buku kecil mengenai faedah-faedah Generasi Perintis yang menggariskan apa yang akan diterima oleh setiap anggota Perintis daripada Pakej Generasi Perintis. Maklumat boleh didapati dalam empat  bahasa rasmi​;
  • Sebuah buku panduan klinik CHAS;​
  • Senarai alamat dan nombor telefon enam klinik CHAS yang terdekat dengan tempat tinggal anggota Perintis berkenaan;
  • Magnet peti sejuk yang mengandungi nombor-nombor telefon talian penting dan alamat lelaman Generai Perintis.​

 

Terima kasih di atas sifat murah hati anda. Kami gembira kerana anda ingin mendermakannya. Bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa anda tidak boleh mendermakan tokokan MediSave anda kerana ia bertujuan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan anda.

Sebaliknya, kami menggalakkan anda menderma wang tunai yang sama jumlahnya (jika anda mahu) kepada pergerakan Prihatin dan Berkongsi Ulang Tahun Singapura ke-50 (SG50). Dengan derma anda, jumlah wang derma yang diterima akan menjadi berganda dengan geran pemadanan dari Pemerintah. Ini akan memperkukuhkan lagi kegiatan-kegiatan kebajikan pertubuhan-pertubuhan masyarakat kita yang membantu orang-orang lanjut usia yang memerlukan secara langsung. Untuk mengetahui senarai badan-badan kebajikan, sila lungsuri:

http://www.comchest.org.sg/careandshare/tod​onate.html​​.


Matlamat Pakej Orang-orang Lanjut Usia SG50 ialah untuk mengiktiraf sumbangan orang-orang lanjut usia kita dan menyambut SG50 bersama mereka.  Jika anda/pertubuhan anda ingin menyumbang atau menjadi rakan kongsi kami dalam Pakej Orang-orang Lanjut Usia SG50, sila hubungi Kementerian Kesihatan di sg50seniors@moh.gov.sg.​ Kami ucapkan terima kasih atas niat baik anda.​

Jawatankuasa Rayuan telah ditubuhkan pada May 2014 dan ia telah menimbangkan dengan teliti kriteria bagi menyemak rayuan-rayuan ini.

Jika anda dilahirkan selepas 31 Disember 1949, harap ambil perhatian bahawa rayuan-rayuan tidak akan diluluskan. Seperti yang telah dijelaskan sebagai menjawab soalan-soalan semasa perdebatan mengenai Rang Undang-undang Dana Generasi Perintis di Parlimen, Jawatankuasa Rayuan menyedari bahawa Pemerintah telah mengambil pendekatan yang lebih inklusif dengan meluaskan Pakej Generasi Perintis kepada semua rakyat Singapura yang dilahirkan pada 1949 atau sebelumnya.  Tidak kira berapa umur yang ditetapkan, terdapat orang-orang yang hampir memenuhi kriteria umur itu. Oleh itu, adalah tidak boleh dilaksana atau tidak adil untuk meluluskan rayuan yang berkaitan dengan umur tanpa melanjutkan kriteria umur yang baru kepada semua rakyat Singapura. Jadi, seperti yang termaktub di bawah Akta Dana Generasi Perintis, Panel Rayuan memutuskan bahawa ia akan hanya menimbangkan rayuan-rayuan yang berkaitan dengan kriteria kerakyatan sahaja.              ​

Bagi rayuan-rayuan yang berkaitan dengan kerakyatan, Panel Rayuan menimbangkan sama ada orang itu telah mendapat kerakyatan Singapura sejurus selepas 1986 – tahun yang ditetapkan sebagai tarikh kerakyatan di mana seseorang itu layak mendapat Pakej Generasi Perintis. Tambahan lagi, panel mengkaji faktor-faktor seperti sama ada beliau telah berada di Singapura sejak awal tahun kemerdekaan negara, menyumbang kepada masyarakat dan telah menunjukkan usaha yang jelas untuk menetap di Singapura.       

Jika anda hampir memenuhi tarikh kerakyatan pada 31 Disember 1986 dan anda rasa anda memenuhi kriteria itu, sila hubungi Lembaga Tabung Simpanan Pekerja di 1800-2222-888 atau contactus@pioneers.gov.sg dengan memberikan nombor Kad Pengenalan anda bagi mengemukakan rayuan. Jika anda ingin membuat rayuan bagi pihak salah seorang saudara-mara anda, harap dapatkan kebenarannya terlebih dahulu. ​​

  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman Kementerian Kesihatan di https://crms.moh.gov.sg/FAQ.aspx​​​